Majlis Perpisahan Pelajar Praktikum

Hari ini pihak kakitangan UPEN Ps telah meraikan majlis perpisahan seorang lagi pelajar praktikum dari Universiti Malaysia Terengganu iaitu Noorazeela Binti Zainol Abidin. Pelajar ini yang lebih dikenali sebagai Zila memulakan latihan industri di organisasi ini sejak 19 April 2010 dan berakhir hari ini 9 Julai 2010. Majlis tersebut bermula dengan penyampaian ikhlas cenderamata dari pihak kakitangan UPEN Ps dan di ikuti ucapan ringkas oleh pelajar tersebut. Bagi meraikan perpisahan ini, UPEN Ps turut mengadakan sedikit jamuan ringan pada akhir majlis.

Penyampaian Cenderahati Oleh Puan Fauziah Hashim
Zila Ketika Menyampaikan Sepatah Dua Kata
Pelajar yang diraikan bersama kakitangan UPEN Ps Ketika Menjamu Selera



.

Kejohanan Bowling Tertutup SUK PERLIS 2010

Baru-baru ini, Kelab Sukan dan Kebajikan SUK Perlis telah mengadakan Kejohanan Tenpin Bowling Tertutup di Perlis Bowl, Kangar. Kejohanan yang disertai oleh kakitangan SUK termasuk sebahagian kakitangan UPENPs diadakan pada 26 Jun 2010 (Sabtu) bagi memilih pemain untuk mewakili SUK negeri Perlis ke Kejohanan Sukan Pejabat Setiausaha Kerajaan SeMalaysia yang akan berlangsung di negeri Pahang pada bulan Julai nanti. Ia menyaksikan seorang kakitangan UPENPs telah berjaya mengungguli kategori wanita di kejohanan tersebut dengan 424 pin. Beliau membawa pulang trofi dan hamper.
Kejohanan Tenpin Bowling Tertutup anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan SUK Perlis


Kakitangan UPENPs yang menyertai kejohanan tersebut

Barisan juara yang menjuarai kategori lelaki dan wanita






.

Majlis Penyampaian Amanat Oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad

Tanggal 24 Jun 2010 adalah hari yang bersejarah apabila semua kakitangan awam menhadiri Majlis Penyampaian Amanat oleh tokoh negarawan dan mantan Perdana Menteri keempat, Y.A.Bhg. Tun Dr Mahathir Bin Mohamad. Amanat yang bertajuk "Perpaduan Kaum" disampaikan selama satu jam, dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perlis di Dewan 2020, Kangar. Majlis tersebut turut dihadiri oleh kakitangan Unit Perancang Ekonomi Negeri Perlis bagi memeriahkan majlis itu. Hadir sama Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis serta Ahli-Ahli Parlimen Perlis.

Sebahagian kakitangan UPEN Ps yang hadir

Kakitangan UPEN Ps di kalangan hadirin yang hadir

Antara sambutan yang dilakukan oleh pihak penganjur

Tun bersalaman dan beramah mesra dengan hadirin yang hadir

Tun memberikan amanat kepada hadirin

Dato' Sri Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis menyampaikan cenderahati tanda kenang-kenangan kepada Tun Dr Mahathir

Antara tetamu jemputan yang hadir memeriahkan majlis tersebut









.

MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKUM


Tiga pelajar praktikum / latihan industri diraikan oleh pegawai dan staf UPEN Ps di sini setelah tempoh praktikum / latihan industri pelajar-pelajar tersebut tamat pada hari ini iaitu 11 Jun 2010. Pelajar- pelajar yang dimaksudkan adalah Suziani Atika Bt. Zulkafli (Universiti Sains Malaysia), Anuar B. Jonid (Politeknik Syed Sirajuddin) dan Siti Nor Liza Bt. Che On (Kolej Komuniti Arau).


Majlis itu dimulakan dengan ucapan Pengarah UPEN Ps, Puan Fauziah Bt. Hashim. Seterusnya penyampaian cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan dari semua staf UPEN Ps dan majlis jamuan pagi.

Kenangan...bergambar bersama Pengarah dan Staf UPEN Ps

Cenderahati...Siti Nor Liza menerima cenderahati daripada Pn. Fauziah Bt. Hashim

Tanda kenangan...Suziani Atika menerima cenderahati daripada Pn.Fauziah Hashim

Hadiah terakhir...Anuar menerima cenderahati daripada En. Herwadey Hashim

.